Sebelum
Tuesday, 1 October 2013 • 21:09 • 0 comments
Sebelum kau mengucapkan kata cinta kepadaku
Bibitkanlah rasa cintamu kepada Yang Esa
Kerana dialah Pemberi Cinta
Kepada kita insan yang hina

Sebelum kau melontarkan kata manismu kepadaku
Basahilah lidahmu dengan zikrullah
Kerana itulah kata yang termanis
Buat kita insan yang kerdil

Sebelum kau mendekatiku
Binakanlah benteng ukhuwwah atas nama Allah
Kerana itulah yang akan membimbing
Kepada Jannah yang kekal abadi

Sebelum kau memberikan mahar kepadaku
Bantulah insan yang lemah dengan sedekah
Kerana itulah bekalan terbaik
Untuk kita insan yang berlumuran dosa

Sebelum kau menjadi imam kepadaku
Mantapkanlah dirimu dengan ilmu
Kerana ilmulah yang membantu kita
Untuk menjadi insan yang lebih baik

Dan sebelum dirimu mengucapkan kata akad itu
Jumpalah waliku
Kerana mereka mengerti yang terbaik untukku
Dan seandainya kita tidak ditakdir bersama
Damaikanlah hatimu serta hatiku
Kerana jodoh di tangan Allah

-Mutiara Indah-

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!