Hikmah Ujian
Saturday, 5 October 2013 • 05:58 • 0 comments
Assalamu'alaikum..

Tatkala diri diuji dengan ujian, sering sahaja kita sebagai hamba Allah yang kerdil ini mengeluh dan ada pula yang tidak sabar menghadapi ujian yang dihadapi. Adat manusia yang hidup di dunia yang fana ini, tidak akan lekang daripada diuji. Kata orang, langit tidak selalunya cerah. Sepertimana yang berlaku padaku sejak akhir-akhir ini. Aku diuji dengan ujian yang bagiku amat sukar untuk kuhadapi dek kerana kurangnya pengalaman dalam menjalani liku-liku kehidupan ini. Aku bukanlah dari dalam kalangan keluarga yang senang namun Alhamdulillah, aku tidak pernah lagi menghadapi dugaan sepertimana yang baru sahaja aku hadapi. Saat diuji, ya! Aku akui aku hampir berputus asa dan tunduk kepada kata hati yang tidak diiringi akal yang waras.

Namun, apabila difkirkan kembali, aku mulai sedar. Ujian itulah membawa aku ke jalan yang lebih membina jati diri di dalam diri. Ujian inilah yang menyedarkan aku bahawa saat kita diuji, kita akan lebih dekat dengan Pencipta yang memberikan kita ujian ini. Dan ujian ini jugalah yang mematangkan aku dalam berfikir.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, dan Alhamdulillah, hari ini aku sedar dari lena yang membuai diri, aku harus kuat! Ada sahaja yang lebih besar dugaannya. Aku baru diuji sedikit, sudah mengeluh. Ke mana arahnya wawasan tinggiku jika saat baru diuji, aku sudah kecundang? Aku harus kuat kerana semuanya bermula dengan diri kita sendiri dan yang paling penting, atas bantuan Yang Maha Esa. Without Him, we are nothing.

Mulai saat ini, aku harus kuat. Dan untuk menjadi lebih kuat, aku juga harus membantu orang lain untuk menjadi kuat. Be strong girl! And you can do it. In sya Allah.

Buat teman yang hampir rebah dengan ujian yang dihadapi, ingatlah. Saat semua pergi meninggalkan kita, Allah tetap ada. Mohonlah kekuatan dariNya kerana sumber kekuatan itu datang dariNya. Tiada apa yang akan terjadi tanpa izinNya. Titipkanlah doa di setiap solatmu agar dikurniakan ketabahan kerana kekuatan Muslim itu ada pada doa.

Sekian, yang baik itu datang daripada Allah, yang tidak baik itu pula datang daripada Allah juga namun atas kekuarangan yang ada pada diriku. Mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan. Wassalam.




OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!