Cabaran
Sunday, 6 October 2013 • 06:34 • 0 comments
Assalamu'alaikum..

Hari ini aku menempah satu lagi rekod terbaru dalam hidupku. Aku akui kehidupan di universiti ini banyak mendewasakan aku terutamanya dalam menguruskan halku sendiri atau dalam erti kata lain, berdikari. Aku salah seorang insan di dalam dunia ini yang sangat penakut untuk menghadapi dunia yang penuh liku ini. Hidupku selesa dilindungi bayang ibu bapaku. Semua hal yang berkaitan dengan diriku diuruskan keliarga. Pelajaranku, perjalananku, hampir kesemuanya.

Namun, sejak mengorak langkah mengukir sejarah sendiri, aku mulai belajar bayak benda. Mungkin ada sahaja yang mentertawakan apa yang baru aku pelajari, namun itulah hakikat ceritaku yang sebenarnya. Aku bangga dengan rekod yang kucipta sendiri walaupun sekecil kuman sahaja. Aku bangga aku kini mampu berdiri seiring dengan keluargaku dan bukan hanya berlindung di balik bayang mereka lagi.

Aku juga bangga kerana cabaran yang telah Maha Esa aturkan untukku banyak mengajarku. Ianya seolah satu rentetan cerita yang mengajar aku langkah satu per satu untuk lebih berdikari. Alhamdulillah Ya Allah.. segalanya dipermudahkanMu. Semoga perjalananku selepas ini dipermudahkanMu ya Allah.

Sekian, yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu datang dari Allah juga namun atas kelemahanku sendiri. Wassalam.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!