Apresiasi buat sang pemimpin
Thursday, 31 October 2013 • 07:22 • 0 comments
Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, ana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas di bumi Allah ini.

Alhamdulillah juga, ana baru sahaja berjaya menyelesaikan tugasan sebagai seorang AJK Teknikal di salah satu kursus yang dikelolakan oleh EXCO Akademik kolej ana. Ianya merupakan satu kenangan yang ana takkan lupakan kerana ini adalah kenangan yang sangat berrharga buat ana.


 Pertama kali menceburkan diri di dalam bidang teknikal, ana berasa sangat seronok kerana Alhamdulillah, Allah menghantar senior-senior dan AJK yang sangat-sangat membantu ana. Jutaan terima kasih ana ucapkan. Jasa anda semua tidak akan ana lupakan.


Namun hari ini, ana ingin bercerita mengenai Ketua bagi EXCO ini, Kak Saidatul Eliya. Pertama sekali, ana memohon maaf kepada akak kerana memilih medium ini untuk menunjukkan penghargaan ana kepada akak. Ana hanya sekadar ingin meluahkan apa yang ana rasakan di dalam hati ini. Sejujurnya sewaktu program, terlalu banyak kesalahan yang ana lakukan. Namun, kehadiran akak amat menenangkan hati ana. Akak sebagai ketua sudah pasti menjadi tanggungjawab untuk menegur ana. Tetapi apa yang ana amat-amat kagumi, akak menegur dengan nada yang amat menenangkan dan di akhir teguran, sudah pasti ada ayat, "tidak mengapa". Entah mengapa wujudnya rasa ketenangan dalam diri ana ketika itu dan membangkitkan semangat ana untuk memperbetulkan kesilapan ana di masa hadapan.

Sejujurnya, telah ana tanamkan satu azam di dalam diri ana. Jika ana diberikan kesempatan oleh Allah untuk meneraju satu organisasi, ana ingin menjadi seperti akak. Sentiasa memadamkan jurang antara senior dan junior, tenang dalam apa jua keadaan dan mampu menjadi seorang pemimpin yang baik. Ana doakan akak akan sentiasa berjaya dan mohon doa juga buat ana agar ana boleh menjadi seperti akak.

Mohon sejuta kemaafan juga kepada rakan EXCO terutama kepada AJK Publisiti yang terpaksa menguruskan bahagian Teknikal berseorangan dalam kursus PNGK pada hari ini oleh kerana ana ada komitmen yang perlu ana utamakan buat masa sekarang. In sya Allah, nanti ana tebus kesalahan ana ye naik cuti ini.

Akhir kata, terima kasih buat semua yang terlibat dengan kursus ini. Sesungguhnya ana telah mula merasakan ikatan kekeluargaan di dalam EXCO ini. Moga ukhuwwah kita akan kekal sehingga Jannah. Aamiin. Teruja menunggu projek seterusnya. Moga dipermudahkan Allah.


Sekian, wassalam.


OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!