Usrah
Thursday, 26 September 2013 • 20:14 • 0 comments
Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, Allah memilih ana untuk bersama-sama dengan akhawat yang In Sya Allah akan banyak membantu ana untuk terus istiqamah di jalan tarbiyah.

Usrah ini jika dilihat dari luar hanyalah seperti sekumpulan yang hanya membaca Al Quran dan memberi ceramah-ceramah agama. Bosan. Itu pandangan kebanyakan rakan ana  apabila ana menceritakan tentang usrah ini. Tidak kurang juga ada yang menjauhkan diri daripada menyertai usrah ini, terutama golongan muslimah yang tidak memakai tudung labuh. Mereka menganggap mereka tidak layak. Subhanallah. Sesungguhnya usrah ini bukanlah satu medan untuk muslimah bertudung labuh sahaja. Kita sama-sama hidup di muka bumi ini untuk mencari redha Illahi dan tiada bezanya di antara kita. Jadi, ana sarankan kepada yang masih ragu-ragu untuk menyertai usrah ini, try it first then you will know how wonderful it is. Ana juga seperti anda semua. Bukanlah seorang yang bertudung labuh namun apa salahnya kita jadikan usrah ini sebagai medan untuk kita jadi yang lebih baik.

Antara kepentingan usrah ini ialah :

  • peka dengan isu Islam kini
  • pemangkin semangat untuk berubah
  • membentuk peribadi diri
  • mengeratkan ukhuwah

Wallahualam. Segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari Allah juga atas kelemahan ana sendiri. Moga kita sentiasa di jalan yang diredhaiNya.

NEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!