Perkongsian ayat 1
Friday, 27 September 2013 • 14:30 • 0 comments
Surah  Al Maidah (Ayat 90), maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk ana melangkahkan kaki menuju ke jalan usrah. Banyak dugaan sejujurnya yang perlu ana tempuhi dan secara amnya, ianya memang berpunca dari diri sendiri yang tidak tahan melawan kemalasan. Namun, Alhamdulillah sekali lagi, ana berjaya menempuhnya dengan bantuan Yang Maha Esa.

Hari ini, naqibah telah mentadabur ayat 90 daripada surah Al Maidah. Dalam ayat ini, terdapat banyak perbuatan yang dikatakan termasuk dalam perbuatan syaitan. Tetapi, apa yang ana ingin kongsikan ialah mengenai mengundi nasib dengan panah.

Pada zaman jahiliah, para wanita menggunakan kaedah ini untuk menentukan ayah kepada anak yang dikandungnya kerana para wanita zaman jahiliah menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki. Nauzubillah. Mereka juga menggunakan kaedah tilik nasib ini untuk menentukan sama ada mereka perlu melakukan sesuatu perkara atau tidak.

Namun, apa yang jadi pada zaman dahulu masih diamalkan oleh masyarakat moden kini. Contoh yang paling terdekat yang boleh ana kaitkan ialah horoskop. Sebahagian masyarakat kini gemar mempercayainya berbanding mempercayai ketetapan yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Seharusnya kita yakin dengan apa yang telah ditetapkan Allah, bukan yang ditetapkan oleh horoskop. Apa yang ana nampak, implikasi kita terlalu obses, ianya sampai mampu membuatkan kita takut untuk keluar rumah dan yang paling ditakuti, bimbang kita telah menduakan Allah. Nauzubillah.

Tetapi, ada juga ramalan yang dibenarkan di dalam Islam seperti ramalan kaji cuaca kerana ramalan ini dilakukan dengan ilmu yang dipelajari. Islam amat menggalakkan penganutnya untuk menuntut ilmu bagi manfaat sesama saudara.

Wallahualam. Segala yang baik datang dari Allah, segala yang baik datang dari Allah juga, tetapi atas kelemahan ana sendiri. In sya Allah, moga apa yang ana kongsikan bermanfaat.

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)

Chating here ♥
Leave your footprint here


Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Don't ever remove the credit

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name

Remember!!dont remove this section!!