Sebelum
Sebelum kau mengucapkan kata cinta kepadaku
Bibitkanlah rasa cintamu kepada Yang Esa
Kerana dialah Pemberi Cinta
Kepada kita insan yang hina
Sebelum kau melontarkan kata manismu kepadaku
Basahilah lidahmu dengan zikrullah
Kerana itulah kata yang termanis
Buat kita insan yang kerdil
Sebelum kau mendekatiku
Binakanlah benteng ukhuwwah atas nama Allah
Kerana itulah yang akan membimbing
Kepada Jannah yang kekal abadi
Sebelum kau memberikan mahar kepadaku
Bantulah insan yang lemah dengan sedekah
Kerana itulah bekalan terbaik
Untuk kita insan yang berlumuran dosa
Sebelum kau menjadi imam kepadaku
Mantapkanlah dirimu dengan ilmu
Kerana ilmulah yang membantu kita
Untuk menjadi insan yang lebih baik
Dan sebelum dirimu mengucapkan kata akad itu
Jumpalah waliku
Kerana mereka mengerti yang terbaik untukku
Dan seandainya kita tidak ditakdir bersama
Damaikanlah hatimu serta hatiku
Kerana jodoh di tangan Allah

TUDUNG - ADAT @ TUNTUTAN @ IKUTAN

Kehidupan bandar KL
Assalamu'alaikum.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.
Hari ini, ana dan rakan ana menghadapi ujian pertengahan semester mikroekonomi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya ana berasa sangat gementar. Sejujurnya mikroekonomi ini adalah subjek yang ana kurang minat namun In sya Allah, ana mampu buat.
Selesai sahaja peperiksaan, ana dan rakan ana dijemput salah seorang rakan fasilitator kami sewaktu di kmj dulu. Kami dibawa ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, bertuah dapat rakan sebaik dia ini. Dan berterima kasih juga kepada rakannya yang sabar melayan kerenah kami.
Pada mulanya, kami mengunjungi The Mines. Niat di hati ana mahu menaiki bot yang sering ana lihat di kaca televisyen. Namun hasrat tidak kesampaian kerana harga yang terlalu mahal. Dan bahagian yang paling menarik, setelah mencari tempat letak kereta selama sejam, kami hanya makan kfc di The Mines. Sangat tidak berbaloi bila difikirkan kembali kerana bayaran tempat letak kereta sahaja mencecah RM10. Baru ana menyedari kehidupan di KL ini sangat tinggi kos sara hidupnya.
Setelah itu, kami beredar ke Aquaria KLCC. Pengalaman ini tidak akan pernah ana lupakan kerana inilah kali pertama ana berkunjung ke sini. Kesempatan ini jugalah ana dapat melihat kebesaran Allah dalam ciptaanNya. Pelbagai jenis ikan dapat dilihat di sini di samping haiwan-haiwan lain. Paling menarik juga, kami berkesempatan untuk melihat sesi piranha diberi makan. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah.
Kemudian, kami beredar ke Bukit Bintang. Suasana di sini boleh saja dikatakan meriah kerana kawasan ini menjadi tarikan pelancong. Kami dibawa ke Pavilion, lot10, Low Yat. Memang seronok tapi pada pandangan ana, ana tidak berapa menggalakkan ukhti untuk pergi berseorangan kerana agak membahayakan juga di sini jika kita alpa.
Alhamdulillah, memang seronok pengalaman di sini. Semoga ada lagi kesempatan untuk ana bejalan-jalan di Selangor ini.
Sekian, wassalam.

Perkongsian Ayat 3
Surah Abasa (Ayat 1-16)
- Menceritakan seorang lelaki buta yang memerlukan Rasulullah untuk membimbingnya
- Rasulullah bermasam muka kerana Rasulullah sedang menyebarkan dakwah kepada pembesar
- Berpendapat pembesar lagi penting dari lelaki itu
- Allah menegur perbuatan Rasulullah di dalam ayat ini

Presentation Sirah

Jalan-jalan bersama teman
Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini.
Hari ini, kami sebagai pelajar tahun 1 FEP dikehendaki menghadiri Bengkel UBS. Bengkel ini bagi pendapat ana sangat berguna pada alam kerjaya kelak. Bengkel ini mengajar kami cara untuk mencatat urusniaga menggunakan sistem berkomputer. Kami dibimbing oleh Kak Rosmah yang sangat baik dan sabar dalam membimbing kami.
Selesai sahaja bengkel ini, ana dan rakan ana meneruskan perjalanan ke Berjaya Times Square. Sejujurnya, inilah kali pertama ana berjalan di Bandar Kuala Lumpur tanpa keluarga. Perjalanan ini sebenarnya banyak mengajar ana tentang kehidupan sebenar di luar.Batasan pergaulan, aurat, dan kehidupan berdikari. Semuanya banyak membuka mata ana.
Setelah berjalan di Times Square, kami singgah di Metro Kajang untuk membeli barang keperluan di sana.
dan inilah pengalaman yang sangat menarik. Walaupun penat, namun peluang meluangkan masa bersama rakan yang baru dikenali sangat menarik. Moga persahabatan kita kekal hingga jannah.
Sekian, wassalam.

Taqwa
- Taqwa ialah takut kepada Allah
- Sebagai anafora, kiri kanan kita penuh dengan duri. Kita pasti melalui jalan itu dengan berhati-hati agar tidak terkena duri. Begitulah halnya dalam perjalanan seharian kita. Kita haruslah melakukan setiap perkara dengan berhati-hati.
- Cara meningkatkan keimanan :
- Tilawah dan Tadabur
- Hidup dengan membaca sirah Rasulullah saw
- Menyertai orang yang soleh
- Zikir kepada Allah pada setiap waktu
OLD

Sekian, wassalam.  Perkongsian Ayat 3

Sekian, wassalam.  Taqwa
- Taqwa ialah takut kepada Allah
- Sebagai anafora, kiri kanan kita penuh dengan duri. Kita pasti melalui jalan itu dengan berhati-hati agar tidak terkena duri. Begitulah halnya dalam perjalanan seharian kita. Kita haruslah melakukan setiap perkara dengan berhati-hati.
- Cara meningkatkan keimanan :
- Tilawah dan Tadabur
- Hidup dengan membaca sirah Rasulullah saw
- Menyertai orang yang soleh
- Zikir kepada Allah pada setiap waktu
OLD
This owner ♥
Thank for coming
Welcome
Assalamu'alaikum. Ahlan Wa sahlan ! Welcome to My world . Leave me a comment at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :)
Chating here ♥
Leave your footprint here
Awesome people ♥
Thank for following me
Credits ♥
Don't ever remove the credit
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B
L
O
G
S
K
I
N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Your Name
Remember!!dont remove this section!!
|
|